Thursday, October 23, 2008

UJIAN ILLAHI



Dahulu aku adalah seorang gadis yang sangat ceria, mudah tersenyum, gemar bergurau senda punya kesehatan yang baik dan gemar beriadah bersama keluarga dan teman2, walaupun masa itu aku sudah punya keluarga sendiri, aku tetap bisa mengabiskan waktu semata2 utk bersama mereka, kerna itu adalah prinsip aku utk hidup bahagia, senang hati tanpa memikirkan benda2 yg berat2. aku lebih suka menyembunyikan perasan susah hati daripada meluahkan pada keluarga atau pada orang2 sekeliling. pada aku itu adalah masalah yg tidak harus aku bebani pada semua org dan insyaallah aku mampu mengatasinya sendiri, walau berbagai dugaan dan rintangan yang harus aku hadapi, aku tetap sabar dan tabah menjalaninya......., hingga lah pada suatu saat, sedang aku menikmati kebahagiaan dan kehidupan seperti insan lain, tanpa berfikir akan malapetaka yang akan menimpa aku. aku diberi ujian utk melalui kehidupan yg penuh dgn noda hitam yang amat menyedihkan. apakah ini hukuman atas dosa2 lalu yang telah aku lakukan?. berita mengenai penyakit aku mengejutkan seisi keluarga dan juga teman2, pada masa itu juga aku seperti kehilangan segalanya. setelah 3 bulan terlantar sakit di hospital, aku seperti org yang telah mati dihidupkan semula. aku kembali normal dari segi mental setelah melalui berbagai operasi , hidup aku berubah dgn sekelip mata, walaupun aku telah bebas dari penyakit merbahaya, tapi fizikal? fizikal aku begitu lemah dan tidak berdaya, berbulan2 aku melalui kehidupan dgn harapan dapat lah kiranya aku kembali seperti sedia kala, aku tidak pernah berhenti berdoa agar aku sentiasa di perkuatkan semangat utk meneruskan kehidupan seperti insan2 yg lain..berbagai dugaan dan cabaran aku tempuhi, yg baik dan buruk tetap aku terima dgn hati yg tabah lagi sabar dgn harapan tiada lagi musiba yang akan menimpah. tapi sangkaan aku meleset sama sekali, setelah beberapa tahun aku lalui kehidupan derita dgn kesabaran, tuhan! menguji kesabaran dan ketabahan aku sekali lagi. pada 27 october 2005 aku didapati mengidap satu lagi penyakit yang tidak pernah aku terduga sama sekali "CHRONIC KIDNEY FAILURE". penyakit yang akan meragut nyawa ku secara pelan-pelahan. apa yang doctor aku beritahu: Kidney failure is a serious disease which can have a major impact on life, and can ultimately be fatal. there is no cure for renal disease but however, it can be successfully treated. That is to do..."HAEMODIALYSIS" itu yang aku lalui saat ini, mengadapi 2 ulas jarum dgn penuh ketabahan. dalam senyuman menahan kesakitan. mereka hanya dapat melihat dan merasa bangga dgn ketabahan kami, tapi mereka tidak dapat merasa betapa sakitnya, derita dan merananya hati kami. pada mulanya mmg airmata aku tidak putus2 berguguran, tapi setelah aku mampu mengatasi cobaan ini dgn tabah, aku mula sedar semua ini adalah ujian dari illahi utk menduga sekuat mana hamba-hambanya menerima kudrat ini darinya. kini telah hampir 3 tahun aku jalani dan harungi hidup sebagai pesakit buah pinggang. aku sentiasa berdo'a pada allah s.w.t supaya terangi hidup aku dgn cahaya nurnya dan memberi kekuatan yang lebih dlm jiwa aku supaya dapat menempuh ujiannya dgn lebih tabah dan sabar. andai aku dikehendaki kembali kepadanya. semoga diberi kesempatan utk aku meminta keampun pada dosa2 lalu dan yg lebih penting sekali biarlah aku dpt mencium kedua belah kaki ibu yang telah melahirkan aku, betapa besarnya pengorbanan ibu membesarkan dan mendidik aku supaya menjadi anak yang patuh pada agama, dan semoga aku sempat melihat wajah ibu buat kali terakhir dan mendengar kata-kata memberi keampunan pada aku . " ya allah ya tuhan ku, andai kata aku yang pergi mendahului ibu dan bapaku, kau ampunkan lah dosa2 kedua ibu dan bapa ku, adik-beradik ku, anak-anak saudaraku serta sanak saudaraku yang lain, kau lindungi lah mereka seperti mana mereka melindungi aku masa hidupku.. amin ya rabbal allamin.."

PENTAS DUNIA

" ada satu perkara berlaku semasa aku dlm mrt pada tahun lepas 2007 satu scene yang aku tak bleh lupakan sampai ke hari ini. dalam keadaan aku yg sedang mendak, kebetulan aku lupa pulak nak bawa mp4. datang seorang aunty bangsa cina nie, bertanya kan aku soalan dlm bahasa mandarin. aku sama sekali tak mengerti apa pertanyaan yg dia tujukan pada aku, aku cuma faham maksud dia satu aje, dia sebut mengenai RAFFLE PLC jadi pada pendapat aku, rasa2nya aunty nie nak pergi sana, jadi aku pun tunjuk hand sign lah dan sekali gus aku terangkan pada aunty nie, (siak btol dahlah omputih aku hancur beb.. ntah aunty nie faham ke tak pe aku ckp? hehe..) kalau dia nak pergi sana tak usah tukar train lagi sebab apa yg aku perasan aunty nie naik dari KEMBANGAN aku ingat kan dah abis dah masalah nie sebab dia da angguk dan diam, sekali lagi beb aunty bersuara alahai!! mangkoknya aku.. beb, dia pun berbual dgn aku, dgn lagak faham aku pun menganggukkan aje lah kepala aku nie tambah lagi dgn gelagat nie aunty masih tak faham2 yang aku nie tak tahu langsung apa dia bualkan, agaknya bila dia dah terperasan aku mcm tak faham gitu , dia pun tegur satu budak pompuan cina nie yang kebetulan aru masok dan duduk depan kami. aunty nie rasa2nya dia tanya sama soalan mcm dia tanya aku juga,mcm mane nak tron kat raffle place?, pas2 sama juga budak cina nie buat mcm muke selengeh pandang antara satu sama kawan dia nie, dan budak tu pun pandang kat muke dia dgn tunjuk hand sign mcm aku. punya lah bodoh nie aunty rasa2nya semua yang tgok scene nie pun dpt meneka apa sebenarnya yang cuba nak disampaikan pada aunty bengap nie, aunty nie mati-matian menanyakan soalan pada pompuan cina nie utk jawap soalan de.. ramai bangsa cina dlm mrt tu pun selengeh hanya melihat bukannya tolong apa yg patut, faham2 lah, dah lah bangsa de sesat bukan nak tanye ke apa ke, da nampak aunty nie tanye2 si pompuan cina tu tak jawap2. abe aunty nie dtg kat aku marah2 kutuk2 bangsa sendiri haiz


abe cakap cina dgn aku yg aku malas nya layan apa aku buat angguk aje..lah.. ,abis terkeluar semua maki hamun dlm kain, bila aku rasa rimas dan malas nak layan dtg aku nye gila babi aku cakap melayu dgn de ” aunty apa lu cakap wa melayu arr..lu kasi wa fening arr..” terus aunty tu tanye aku ” lu malayu arr apa pasat lu ini mcm (angguk2)wa cakap sama lu haiyaaa lu pun gila mcm tu pompuan ” mcm siak nye aunty yg paling kekek, mangkok ayun betul pompuan india yg diri sblah aku terkekek suka hati mak bapak de tgok aunty nie marah aku plak mangkok aku kejap, musibut bleh ckp melayu taknak ckp menyusahkan org aje kan.., dah gitu tak pasal eh.. pompuan cina yang aunty tu tegur sebentar tadi berbual pakai hand sign berbual dgn teman de, nampak sgt kan dorang nie sebenarnya BISUuuuuu...!!! betul ar sangkaan aku bila tgok dorang pakai hand sign berbual , sekali bila aunty tu tgok pompuan2 tu bebual mengunakan hand sign aunty tu bleh tanya aku lagi ” haiyaaa apa ini budak buat ini mcm itu mcm de bisu kah”LOL!! nie part marah ada nak ketawa pun ada aku rasa2 mcm nak berderai ketawa jadi sblom apa2 aku pun action step kol member aku (siak ar otak aku blank sak nak kol sape). aku pun step tekan no den step berbual mcm takde pape lah siak tetiba aku ada incoming kol mcm siak hp aku lupa nak silent LOL!! babi saat mcm nie ada pulak org nak kol aduh!! malunya aku..........beb!! kalau kena korang apa korang buat ah?!! LOL!! aku pun pe lagi lah kan buat muke bacin aje lah. lau tak kerana tujuan aku lagi jauh dah lama dah aku belah dah..!!! nie lah de kan baK kata seorang pujangga "BUMI INI IBARAT PENTAS, MANUSIA ADALAH PELAKONNYA"... haiz!!!

KEHIDUPAN


"Tika senja melabuhkan layarnya Terpancarlah warna keemasan Dapat aku bayangkan jika engkau ada Pasti suasana kan lebih bermakna
Sayangnya terputus tali janji Suatu waktu kukuh termetri Kata mu kasih sayang tak bererti Tidak menjanjikan untuk esok hari
Ku cermin diri ini Tertera Lah kedaifan Yang tak engkau inginkan Ku melepas keluhan Yang
panjang Menyesali kemiskinan ku ini
Ku mampu petik bintang di langitKu mampu bina jambatan pelangiKU mampu pertahankan mu Walau pun lawan ku seribu Itu hanya bisa bisa ku laksanakan Bila mimpi mengundang, kala malam Hakikatnya yang ku ada, satu jasad Satu nyawa, satu cinta
Tidak ku salahkan dirimu Kau berhak tentukan nasib mu Kini aku mengenggam satu azam Melempar khayalan Bentuk .......'KEHIDUPAN'."

KU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG..




3 bulan telah berlalu aku masih tetap seperti selalu melayani perasaan kecewa, keluarga aku pula mula merasa bimbang, bimbang andaikata aku kembali ke jalan yg pernah membawa aku kelembah hitam dan dlm diam keluarga aku cuba utk mendekatkan aku pada seseorang yg selama ini hanya mendgr cerita aku dari mereka dan dlm diam dia menyukai aku.. arghhh!! lagi stress aku di buatnya, tapi….. demi keluarga demi utk membuktikan pada mereka bahawa aku sememangnya sudah berubah akhirnya aku turuti kemahuan mereka walaupun mereka tidak pernah memaksa aku. aku cuba kikis sedikit perasaan benci aku pada lelaki dan cuba memberi sedikit ruang kepercayaan demi keluarga aku, aku sendiri pernah berkata dgn diri aku sendiri jika tiada pilihan lain dan jalan keluar utk aku pulang ke pangkal jalan. ini lah cara paling baik utk aku merubah sekali gus hidup aku demi utk masa depan dan kebahagiaan aku. dan selepas kami mengenali antara satu sama lain demi anak-anaknya yg memerlukan seorang ibu utk dijadikan perlindungan akhirnya aku setuju dan kami bernikah secara kecil-kecilan bakal suami aku adalah seorang duda anak 3. sedikit pun aku tidak merasa kekok atau kurang senang malah aku seronok dpt anak instant.. (he.he...). aku memang suka budak2 kecil.. bak kata pepatah orang-orang tua "cinta itu buta, cinta buta tidak mengenal siapa, harta atau darjat yg tinggi tapi komikasi, sefahaman, penghormatan, kebahagiaan dan kasih sayang yg amat penting dlm sebuah rumahtangga, berkawin dahulu bercinta kemudian selalu akan membawa kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat. tapi "AKU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG". walaupun serumah hidup sebagai suami-isteri tapi tiada cahaya yang dpt menyinari istana kami. nasib tidak menyebelahi aku, walau 3 thn bersama satu perasaan cinta pun tidak pernah wujud dalam hati aku, kerna dia dan anak-anaknya sudah menjadi sebahagian dlm hidup aku dan keluarga aku, dlm diam suami aku mula perasaan bahwa seseorang yg pernah hadir dlm hidup aku sebelum aku dinikahinya yg hanya bertahta dlm hati aku. buktinya selama 3 thn kami bersama masih belum ada tanda2 yg kami akan dikurniakan cahayamata, atau memang tuhan maha mengetahui, mengerti dgn keinginan hati aku.., akhirnya aku mengambil keputusan utk berpisah, berpisah kerna aku tidak sanggup menipu diri aku lagi sememangnya tiada cinta dlm diri aku utk nya walaupun sayang akan mahligai yg terbina dgn anak-anak tiri yg sudah begitu akrab dan menanggap aku seperti ibu kandung sendiri. tapi hati aku tetap dgn keputusan utk berpisah, hanya do’a aku iringi utk melindungi mereka bertiga, puas suami aku memujuk tapi hati dan keputusan aku adalah mutamad. pada agos 1998 akhirnya aku dpt gelaran yg mengerikan dlm hidup aku. kini genap 10 tahun aku hidup dgn gelaran itu dan makan minum sakit pening aku sendiri menanggungnya tanpa mengeluh atau menyesal. nasib aku baik kerna masih mempunyai keluarga yg masih dpt menrima aku seadanya. walau berbagai kaum adam yg hadir dlm hidup aku satu pun masih belum dpt mencuri hati aku malah dgn keadaan aku yg kini dlm sarat dgn masalah kesehatan, aku rela hidup menyendiri dari terus membebani org lain, dan seseorang yg pernah hadir dan wujud dlm hidup aku 16 tahun dulu masih segar dlm ingatan walaupun dia telah berdua dan mempunyai cahayamata. aku hanya mampu mendo’akan kebahagiaan nya ,seorang wanita yg dia nikahi adalah wanita yg sama masa dia mencurangi aku. aku seiklas hati mendo'akan semoga rumahtangga nya berkekalan hingga ke akhir hayat… amin..

Wednesday, October 22, 2008

CINTA YANG TAK KESAMPAIAN

"dah ramai lelaki yang aku dampingi tapi tidak ada satu pun yang berjaya menawan hati dan perasaan aku, ye lah mula2 bercinta tu ada juga aku rasa feeling2 gitu, tapi setelah sekian lama dgn nya aku dpt rasakan cinta sejati yang aku harapkan tiada pada mereka. haiz!! "





"A lelaki pertama yang membuat hidup aku tak keruan dan membuat darah aku selalu menjadi gemuruh setiap kali bertemu. dari sudut penampilan seperti dia adalah lelaki idaman yang aku impikan selama ini. sememangnya perasaan cinta telah berputik dalam hati aku, aku rasa cinta yg hadir ini adalah cinta pertama, kerna sebelum ini pun aku tak perna terasa sebegini kuat rasa rindu jika tidak berjumpa dgnnya. setelah hampir setahun hubungan kami terjalin , tingkah laku A mula berubah berbagai ragam dan tabiat yang A tunjukan pada aku, pada awalnya tidak lah ketara sangat sebab kami masing2 sibuk dgn kerjaan, lepas itu dari hari ke sehari berbagai alasan A berikan utk mengelak dari berjumpa atau menelipon, sehingga sampai pada suatu hari aku mendpt berita bahwa mereka perna nampak A keluar bersama seorang wanita berbangsa cina malah lebih dahsyat lagi A perna membawa wanita itu ke rumah menemui keluarganya, pada mulanya mmg aku tak percaya sebab prinsip yang aku pegang selama ini "aku tidak akan termakan kata2 orang lain, jika aku tidak nampak dgn mata kepala aku sendiri". aku diam kan perkara nie berlarutan sehingga aku sendiri tak pasti apa yg akan aku lakukan. puas aku berfikir dan mencari dimana silap dan kelemahan perhubungan ini. kepercayaan aku pada A begitu kuat sekali hingga aku kurang memfikirkan tindakan apa yang ingin aku lakukan utk memperkuatkan kembali hubungan yg kian pudar nie. aku mula menghubungi A sekadar utk bertanyakan khabar dan perkembangan apa selama kami tidak berhubung, ternyata A seperti tidak ambil kisah pada hubungan yg hampir retak menunggu belah nie, A tidak terperasaan langsung bahwa kami telah berminggu2 tidak berhubungan antara satu sama lain. apa yg A cuba lakukan pada hubungan ini aku tak pasti dan aku tak mengerti. satu pertanyaan khabar pun tak ditanya pada aku malah A lebih banyak berdiam dari berbual tentang perkara2 yg selalu kami bualkan. walaupun A begitu, aku dgn lagak bodoh cuba menyembunyikan perasaan yang sedang berkecamuk walaupun pedih, kerna kasih sayang aku pada nya masih utuh. aku kuatkan juga semangat menempuh ujian yang sedang menduga aku saat itu. 3 minggu telah berlalu kami masih seperti biasa melayani lakonan masing2, sehingga pada satu hari, ada pelawanan bola sepak antra singapura dgn pahang berlangsung di stadium, A tetiba menghubungi aku utk memberitahu bahwa dia akan pergi menonton pelawanan itu bersama bekas teman2 n.s nya, seperti biasa aku tidak perna mengonkong kebebasannya malah aku lebih suka melihat A gembira. setelah 3 minggu aku berusaha sedaya upaya utk tidak memikirkan masalah2 yg menimpah hubungan ini, aku tak sangka ada lagi berita yang membuat aku mengeluh panjang dan pasrah dgn apa yang terjadi, 2 hari telah berlalu selepas pelawanan itu, walaupun hati aku masih luka dgn berubahan A tempoh hari aku tetap dgn kuat semangat menepis rasa kecewa dlm hati, masa pelawanan itu berlangsung salah satu saudara aku ada pergi menonton juga dan dia telah terserempak dgn A bersama seorang wanita cina yang perna teman aku ceritakan, saudara aku tahu yang A perasan kehadiran nya disitu tapi A seperti buat nampak tak nampak saja, saudara aku cuba utk menyembunyikan hal ini dari pengetahuan aku, kerna tidak mahu manghancurkan hubungan kami , tapi setelah dia mandapat berita bahwa A sedang menduakan aku, dan melihat keadaan aku yang begitu santai dia cuba menduga aku dgn memberitahu bahwa dia perna ternampak A dgn seorang wanita cina. dalam derai tawa riang tersembunyi tangisan yg tak terdgr oleh semua org, aku tersenyum melihat berubahan pada wajah saudaraku, setelah aku menceritakan segalanya baru lah saudara ku sedar. rahsia yang cuba disembunyikan itu telah aku ketahui lebih dulu. selama aku bersama A aku tidak perna sekali pun marah atau meninggikan suara padanya membantah kemahuannya jauh sekali kalau merajuk dgn sendiri aku memujuk diri. entah ilmu apa yang membuatkan aku dari seorang yg panas baran dan keras hati menjadi sebegini lembut.. hah!!(mungkin kerna ini adalah cinta sejati dan cinta pandang pertama, kerna cinta pertama saja yg bisa membuat insan seperti aku menjadi lemah.). aku rasa sudah saatnya aku berdepan dgn kenyataan bahwa A bukan jodoh aku, walaupun aku tidak melihat kecurangan A dgn mata kepala aku sendiri, tapi cukup dgn perbuatannya sudah membuat luka di hati ku berdarah. keeseokan hari nya aku menghubungi A dgn ungkapan yang ringkas tapi tegas aku tidak perlukan lagi penjelasan dari A dan aku tidak perlu berfikir panjang utk membuat keputusan mengakhiri hubungan yg sedang menunggu belah ini, walaupun berat rasa hati aku terima kenyataan ini dgn redha . seperti tertusuk pisau tajam pedih, sakitnya hati bak sembilu sehingga tiada setitik air pun yang membasahi pipi aku.
kerna aku pasrah menerima kenyataan bahwa "CINTA YANG TAK KESAMPAIAN"


"subhanaallah" terima kasih ya allah dgn ketabahan yg engkau berikan dgn semangat yang begitu kuat engkau sematkan dlm jiwa aku sehingga aku begitu sabar menempuh dugaan ini. walaupun 15 tahun telah berlalu namun hingga kehari ini luka yang telah terubat masih menampakan bekas calarnya.

"cinta yang tiada penganti.. aku buang bayanganmu jauh dari khayalanku.. aku campak kan cintamu jauh kelautan dalam.. tapi aku simpan memori bersamamu hingga ke akhir nafasku.."

Monday, October 20, 2008

ARTIS IDOLA PUJAAN

artis pujaan aku yg nie adalah seorang penyanyi dan pelakon.. punyai seraut wajah yg begitu anggun dan jelita sekali, dia juga punya gelaran RATU. ( bukan raturock tau.. tapi ratu balada ala ala jepun gitu hehe..takde lah dia adalah MISS MALAYSIA 1992). aku minat kat dia nie sejak dari filem pertama lagi. dia memegang watak seorang gadis ayu yg perlembut tapi kuat cemburu dan suke serkap jarang.(lermak!! aku dah mcm apa sak buat crite2 mcm nie LOL!). ok..ok straight to the point nama dia dlm filem tu adalah.... : ~~DIAMBANG WATI~~chey2..dah tau kan siape? YES! ERRA FAZIRA. pada aku dlm kalangan artis2 wanita mmg aku vote dia giler ar.. artis malaysia paling cantik dan anggun. (dah namanya ratu cantik pun.. hehe). senang cakap dia nie mmg dah dianugerahkan punya keistimewaan yg tersendiri.. so syabas utk erra...lurve eu babe...!! semoga erra bahagia disamping suami tercinta dan semoga erra cepat menimang cahaya mata ye!

ARTIS IDOLA KESAYANGAN

dari zaman remaja lagi aku dah meminati penyanyi kesayangan ramai nie, dari 1st album berkumpulan hingga bergerak secara solo, senang cakap tiap kali dia turun singapura pasti aku takan lepaskan peluang utk menemuinye walaupun tak dtg secara dekat tapi aku tetap dpt melihat dia dari jarak jauh..(erm.. kenapa dari jauh eh? sebab dulu2 kan klau tempat tu ramai lelaki aku mmg tak bleh nak dekat maklum lah pemalu hehe..), tapi yang penting dpt tgok idola aku secara live. ya allah! punya lah jambu idola aku dgn wajah yg halus,kulit yg cerah.., senang cakap idola aku memilik seraut wajah yg begitu cantik dan manis.. dgn rambut yg hitam pekat kilat. (mcm rambut india lak pulak.. haha). tapi serious mmg jambu, aku masi ingat lagi eh.. semasa idola aku buat konsert kat sentosa 1st tym beb.. aku turun tgok konsert rock, fuh! gamat dibuatnye tempat tu dgn mina2 rocker, mamat2 rocker senang cakap gempak beb!!! walaupun idola aku tu rocker tapi tetap terserla keanggunannye sebagai seorg wanita dgn suara yg merdu, manja fuh!! pendek kata sampai aku jadi berangan2 nak jadi penyanyi. (tapi jadi penyanyi jamban aje hehe..).dari tahun 1987 hingga tahun 2008 nie aku tetap menjadi peminat yg setia pada idola ku walaupun 2 abad telah berlalu. walaupun sudah senja tapi semangat jitu yg ada dirimu tetap subuh sepanjang masa, U RoCK BEB!! aku skrg lebih pada CD2 atau hanya mendgrnye melalui radio. maklumlah usia pun dah meningkat zaman mina2 rock aku dah berlalu dah, idola aku pun dah tk rock lagi mcm dulu hanya suara dan lagu rock kapak saja yg kekal hehe.. itu lah dia idola kesayanganku......RATUROCK ELLA......satu2nya artis wanita yg masi bertahta dgn gelaran RATU. hingga kini masih blom ada artis2 rock wanita yang dpt mengambil alih gelaran itu dari pada nya, syabas idola ku ELLA......lurve eu ella.....